Tempat Baru

2 Julai 2010 tarikh keramat aku meninggalkan rumah buat sekian kalinya sebaik menerima tawaran menyambung belajar dalam peringkat Ijazah. Tepat pukul 6petang kapal terbang AirAsia yg aq naiki meluncur laju di landasan dan dengan sekelip mata aku kini berada di awangan melintasi Laut China Selatan. Ada tititsan air mata mengalir di pipiku. Sedih bercampur gembira. Aku akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke tempat orang setelah sekian lama hanya duduk menetap di Sabah. Aku berjaya menyambung pelajaran dengan berkat usaha ku selama ini..Namun ada kesedihan yang singgah di hatiku bila mengenang bonda yg ku tinggalkan bersama adik bongsuku. "pergiku hanya sementara mak" kataku untuk menyenangkan hati..Ya, aku akan balik bila cuti2 semester. 3tahun bukan tempoh yg lama. 9mlm. Kelihatan dari cermin kapal terbang yg aku naiki pancaran lampu2 lebuh raya.Aku sudah berada di Kuala Lumpur. Tak ku sangka aku sampai juga ke tempat ini. Sebaik mengambil barang yg di masukkan dalam kargo. Troli ku tolak keluar dari tempat itu. Dia sudah menantiku di depan pintu ketibaan para penumpang. Aku di jemput bersama keluarganya. Sebelum balik aku di bawa makan malam walaupun hakikatnya aku sebenarnya tiada selera untuk makan. Tapi ku turutkan mereka untuk mengisi perutku untuk menjamah sedikit makanan. Malam itu aku menginap di rumah keluarga angkatku di Subang Jaya. Malam itu aku tidur dengan lena. Mungkin sebab kepenatan. 

Pagi itu aku di teman keluar untuk pergi membeli barang keperluan yg sengaja tidak ku beli untuk mengelakkan lebih muatan. Mydin. Itu saja tempatku membeli barang. 5 plastik barang. Semua barang keperluanku. Bila melihat resit pembayaran, lucu ada terkejut pun ada. Panjang berjela. Malam itu aku dihidangkan dengan masakan ikan masak asam manis kegemaranku. Berdasarkan daripada apa yg aku pinta. " Kamu nak makan apa malam ni diah?? " selera sungguh aku makan. Tapi pada masa yg sama aku sudah mula rindu masakan bondaku. Selesai makan aku duduk di ruang tamu. Sesi suai kenal berlaku. Macam2 aku di tanya. Dari pasal peribadiku sampai ke kisah keluargaku. Tersengih- sengih aku menjawabnya. Tinggal esok aku di rumah itu sebelum aku mendaftar masuk ke UKM. Bukan tidak suka tinggal lama2 di situ tetapi segan ku rasa..

Duduk dua hari di rumah keluarga angkatku, aku dilayan bagai puteri raja. Semua tersedia. Hari ni aku akan mendaftar masuk ke UKM. Pukul 6.30 pagi aku sudah bertolak ke UKM dari Subang Jaya yg mereka kata mengambil masa dalam 40min utk sampai. Rasa mengantuk masih ada. Aku dihantar oleh keluarga angkatku. Tiba di perkarangankolej  kediamanku seawal pukul 7.15pg. Belum ramai orang di situ ketika itu. Ohya, aku antara penghuni yg di terima masuk di kolej Aminuddin Baki. Kolej tu sama dengan tempat2 kediaman cuma di beri panggilan kolej. Dan kalau tidak silap ada terdapat 13 kolej dalam kampus UKM Bangi itu. Hujan menyambut kedatanganku di situ. Tepat pukul 8pagi baru kaunter pendaftaran di buka. Aku dengan seorang diri pergi mendaftar. Kakiku  terpaksa berusaha sedikit mendaki memandangkan kolej itu berbukit sedikit.

Bermacam halangan aku hadapi semasa mendaftar termasuklah masalah pembayaran yuranku. Duit di tangan hanya cukup2 utk duit makan selama beberapa bulan. Entah cukup atau tidak. Cek WPP ( PTPTN ) ku belum sampai di tanganku untuk cover pembayaran yuranku. Orang lain semua sudah bayar. Aku menangis semahunya. Ramai memandangku. Apa tidaknya aku datang mendaftar tanpa di temani mak atau abahku tetapi abah dengan mak orang lain. Di tambah lagi bila mengenagnkan kehidupanku memang susah. Bila di suruh membayar yuran minima RM500 hatiku sebak. Dalam simpanan tak sampai pun jumlah itu. " Nah, ambil dulu ni. Pakai buat bayar yuran. " huluran daripada keluarga angkatku. Nasib ada mereka..Aku membayar separuh daripada yuran pengajianku setelah ada pertimbangan daripada pihak bendahari .Selesai semua urusan pendaftaran, aku mencari bilik kediamanku. Bilik 303 aras 3. Dua katil maknanya aku akan tinggal dengan seorang kawan baru. Sibuk mengemas bilik dengan memunggah barang2 dari beg, 1 keluarga masuk ke bilik itu. Tahulah aku itulah keluarga kawan yg bakal berkongsi bilik dengan aku. Nik Fatin Farhah. Itu nama rakan sebilikku. Orang dari kelantan yg mengambil kursus komunikasi di fakulti yg sama denganku. Bermulalah  kehidupanku sebagai pelajar universiti di negeri orang...







Suasana semasa di kawasan menunggu sebelum pendaftaran..




Ibu bapa bersama anak- anak yg di hantar semasa pendaftaran..



                   Ketika di ruangan khas menunggu untuk para pelajar membuat pendaftaran..




Kesibukan di kaunter pendaftaran pelajar..




Di   Ruang legar foyer yg juga dijadikan kaunter pendaftaran..




                                                                Pengetua kolej  " turun padang "




Category:

0 comments:

Catat Ulasan