Hari Ini Dalam Sejarah

                                    

Hari ini dalam sejarah aku belajar untuk membuat blog sendiri mengikut apa yg aku tahu dan apa  yg aku pelajari daripada sahabat terbaikku dan kakak aku..sudah lama sebenarnya aku ingin wujudkan blogku sendiri..inilah dikatakan lensa cubaan pertamaku..baru hendak mencuba..apa yg tidak betul di kemudian tu harap ada yg sudi menegur untuk aku perbetulkan apa yg perlu...TQ.


Ok..pertama- tama sekalila..aku perkenalkan diriku sebagai dhiah. Itu nama seringkasnya yg senang bagiku untuk org len panggil..juga sebenarnya panggilan oleh  ibu yg mengandung dan melahirkan aku. Aku anak ke-3 daripada 5 orang adik- beradik. Aku sekarang penuntut d UKM, Bangi... sapa2 yg kenal aku..say HAI aku ucapkan..aku lahir dalam bulan april..ermmm..tarikh tu..kalau nak tahu sangatlah, carilah sendiri ok?. Hobiku dulu suka membaca, tapi entahlah semenjak dua menjak ni tanganku liat sedikit nak baca buku tebal2 yang pernah aku lakukan sewaktu zaman persekolahanku. Aku ni kaki novel gak sebenarnya lah..tapi sekarang, kalau assigment ada barulah mataku akan tertacap sepenuhnya kepada buku yg aku baca...


Aku ada menyimpan cita- cita ingin menjadi warga pendidik sebagai kerjaya pertamaku.. Aku tak tahu sama ada aku mampu mencapainya ataupun tidak..orang kata, di mana ada kemahuan di situ ada jalan..Akan ku cubaan merealisasikan impian itu.. Kerjaya ke-2 yg ada dalam fikiranku adalah sebagai penulis...tapi setakat ini..aku masih bingung dengan apa yg aku pelajari di kampus pengajianku..sesuai kah dengan cita- cita yg ingin aku capai?????


Ermmm..rasanya tu jela pasal diriku yg ingin aku kongsi..selebihnya kalau nak berkenalan tu leh hubungi aku di talian hayat..kalau di layanla..hehehe..ok, sebenarnya aku buat blog ni saja2, seperti yg aku cakap, cubaan pertamaku. Hasil didik sahabatku..nama dia hanya aku bole tahu..:) aku dedikasikan blog ni untuk dia..apa2 yg kurang harap dia mampu membantu aku..papepun..terima  kasih  sesiapa  yg  sudi  membaca  blog ini...












                            

Category:

0 comments:

Catat Ulasan