Ada apa dengan " UKM " dan " KAB "???

  " Seminggu " itu tempoh aku akan hadapi dalam " Minggu Mesra Pelajar " sebaik sahaja aq mendaftar 4 Julai hari itu. Hari pertama kami di dedahkan dengan persekitaran kami. Inilah UKM. Tiap hari perlu berulang alik ke ' DECTAR ' dewan canselori di ukm. Di sana pelbagai program di adakan. Masa itu jugala berkenalan dengan kawan2 baru yg datang dari pelbagai pelosok tempat. Bertapak sahaja aku di Kolej Aminuddin Baki ( nama asrama ) aku mula mengenali semua selok belok kolej itu. segala program dan ' adat istiadat ' bila hidup dalam kolej itu. Menariknya UKM, bila tiba minggu mesra pelajar maka akan adalah permainan " Cheers ". Mula2 dengar memang pelik..ala men tepuk2 je..tapi tepuk2 ni memang menarik..mcm2 ada org kata..dan..dan..yg seronok orang kata kolejku antara yg paling mantap cheersnya. Aku dgn yg lain perlulah menghafal mcm2 perktaan n gaya..perkara tu akan di lakukan setiap kali berada di dewan tersebut.

     Pasal lain plak. Bab Makanan. Aduh! Bab ni xsahla klu xckp. Sepanjang minggu mesra pelajar ni yg aku rasalah.. makanan yg disediakan  memang perfect..Ikut selera orang kata. Tapi itulah masa selalu bercanggah..kelam kabut je. Mengunyah mcm..2kali je terus telan..sebab nak cepat..tepati masa! Itu yg diterapkn..tp stakat minggu tu aq xpernah lambat sbb aq da biasa ikt prgram cmtu. Bezanya cuma aq slalu ikt perkhemahan je..lbih kurgla..dorg mmg jaga mkn mnum kmi dgn baik spnjg mnggu tu.trima ksih kakak2 dgn abg2  pemudahcara. .

    Minggu mesra pelajar juga telah memberi peluang kepada aq dgn kwn2 yg len knal fakulti kami masing2. Pada masa itu jugala kami di bantu mendaftar kursus masing2. Mendengar taklimat tu taklimat ni tentang kursus kami. Masa mula2 tu rasa memang macam budak tadika baru masuk sekolah..tak tahu apa2 dan ikut sahaja arahan abg2 dgn kkak2 senior..aq akhirnya mendaftar dalam kursus sastera. Kebetulan aq berjumpa dgn senior yg satu kursus dgn aq yg juga merupakan ketua bhgn disiplin dlm minggu mesra pelajar itu. Senangla sikit aku nak mnta tolong klu aku hadapi masalah dlm pmbelajaran aku. Harap2 dia sudila menolong. .

     Sebelum tibanya hari terakhir Minggu Mesra Pelajar, aku bersama rakan2 lain sibuk menjalani latihan berdasarkan apa yg kami pilih untuk dipersembahkan pada malam kemuncak juga penutup kepada minggu mesra pelajar itu. Pembahagian mengikut kumpulan sepeti kumpulan koir, dan sebagainya. AKu tidak mengikuti mana2 persembahan nanti tetapi aq menjadi " nadi "  penggerak pada malam tersebut. Aku memasuki bahagian pengurusan seni. Org yg akan bertanggunjwb mengurus persiapan di belakang tabir. Tapi aku bukan di belakang tabir :) Just see and wait. Pagi petang berulang alik daripada kolej ke dewan tersebut yg mengambil masa dekat 20 minit untuk samoai ( jalan Kaki ). Paling aku tak boleh lupa bila aku dan rakan sekolejku yg lain terpaksa berlari dengan memakai pakaian formal utk ke sana. Pakain formal tu pula baju kurung. WAJIB. bayangknla berkejar ke sana ke mari dengan memakai baju kurung dan......memakai kasut bertumit tinggi. Bayangkanlah melecit tidak kakiku ketika itu. APakn daya, hanya kasut hitam itu yg ada utk aq pakai. 

       Sebelum berlangsungnya majlis kemuncak pada malam itu, berlangsungnya dulu pertandingan sukaneka antara kolej. Masing2la menghantar atlet terpilih utk bertanding dalam pertandingan itu. Paling tidak lupa ' Cheers '. Adanya pasukan sorak utk sukan tersebut. Pagi itu diadakan senaman aerobik di dataran Gemilang UKM. Selepas acara itulah, pertandingan di mulakan dan kami yg terlibat dgn persembahan malam itu bergegas pula ke dewan dengan berjalan kaki. Boleh dikatakan duduk kat UKM ni aku banyak betul berjalan. Apa tidaknya, nak ke dewan tu, jarak antaranya dgn kolejku antara yg paling dekat dan utk x membunag masa, perlulah berjalan. Sebab kolej lain da ambil semua bas..terutama kolej Za' ba yg paling jauh tu. Maka, setiap harilah ami berulang alik dgn berjalan kaki. Lagi satu.. UKM ni terkenal dgn tangganya yg tinggi2..mana2 pergi pasti ada tangga..jenuh kaki naik turun tangga. Dalam masa sebulan pun boleh kurus ( bila pula aku gemuk? ) dan kuat otot di buatnya.

    Malam Kemuncak itupun tiba. Malam itu dikenali dgn " malam percikan  seni ". Pelbagai persembahan di adakan. AKu..jeng3..jadi penyambut tetamu di lobi utama pintu masuk dewan tersebut. Yg tak sukanya aku dgn beberapa org yg len perlu memakai pakain khas malam itu. Cantik mmg cantik tp punya bsar..mcm pakai karung guni pun ada..Pakai sajala. Masa itulah aku kenal beberapa orang penting dalam UKM tu, dan aku di tegur bebrapa senior dan pegawai. Sempat lagi mereka bertanya tentang aku. Terkejut mereka bila aku bagitau aku datang dari Sabah. Ada sedikit bertuah dan bangga dgn kejayaanku masuk ke universiti tersebut yg xkurg hebatnya. Malam itu jugalah menyaksikan ' pertempuran ' cheers' antara kolej. Riuh rendah dewan itu di buatnya. Seram sejuk juga aku. Semasa berlangsungnya majlis itu, ada pula sekumpulan org mat salleh dtg. Entah dari mana. Tapi ku lihat mereka seronok melihat persembahan pada malam ituu. Kami duduk di tmpt yg disdiakn khas utk para penyambut tetamu. Habis saja majlis itu, aku segera menukar pakaian yg besar semacam itu. Seperti cerita yg aq dngr dr senior kolejku, " kita tak join" .Tamat majlis kami beransur pulng ke kolej. Kolej lain masih di dewan itu berperang sesama sendiri dgn cheers mereka. Dengar2 sampai 2-3 pagi. Itulah lumrah UKM. 

   Sampai sahaja ke kolej, ingt terusla balik bilik. ..Kena duduk lagi. First dapat pujian dr senior2 krn disiplin kami dan kejayaan kami mlm tu sbb bersemangat. LPs tu kena ceramah sikit barulah masuk tidur.. sebab esok ada lagi senaman aerobik dan majlis mkn mlm di kolej. .

      Pagi2 bangun dgn matanya masih mengantuk..Aduh! penat sungguh..Bresenam awal pagi then minum pagi..Ingat malam kemuncak dah berakhir tamatlah sudah kena ikut arahan senior.. rupanya belum..Lepas sahaja mnum pagi..balik bilik terus tidur xsedarkan diri. Entah pukul berapa aq bangun. Petang tu bersiap2 utk majlis malam itu pula..Lupa nk bgtau. Sepanjang minggu mesra pelajar itu, aku dan kawan yg lain kena pakai baju kurung hanya berwarna biru.dgn...selendang yg dipakai bersama tudung putih. Itu saja pakaian yg dibenarkn. Malam itu begitu juga...Majlis berlangsung dgn jayanya. Makanan dihidang cukup kami mkn smpi puas. mkn smpi xlarat. tapi memnag sedap.. :)  Dalam majlis itu juga adanya persembahan drp bbrp org pelajar kolej. Lebih menyayat hati, pada penghujungnya, para kkak dan abg senior nyanyikan satu lagu khas utk kami.. sampai nangis di buatnya..Akhirnya kami bersalam dan berpelukan sesama kami.. Selesai majlis kami tlg susun kerusi then balik! 

Itulah asam garam kehidupan dalam Minggu Mesra Pelajar di UKM dan KAB..Kelas pun bermula isnin itu tanpa ada rehat walaupun sehari. Terbaik! 












 









                      
            

              



                    

              







                     
      








  




                      

Category:

0 comments:

Catat Ulasan