STPM 2009

Aku mengambil keputusan peperiksaan STPM pada bulan Mei tahun ini. Rasa berdebar dalam hati tak ada siapa yg tahu ketika kaki melangkah masuk melepasi pagar sekolah yang bnayk mendidiku sejak ku tingakatan 1. Kononya berdebar untuk mengetahui berapa keputusan exam walaupun sebenarnya jawapan itu sudah ku ketahui melalui perkhidmatan pesanan ringkas ( SMS ). " Orang yg Tabah saja boleh masuk tingkatan 6 ni " kata- kata itu masih ku ingat. Kata2 yg diucapkan oleh seorang pendidik yg mengajarku di sekolah itu. Agak2 aku ni tabah ke hadapinya. Nah! Slip keputusa exam sudah ada di tanganku. Dengan ucapan syukur Alhamdulillah aku tersenyum melihat keputusan yg ku peroleh. " Aku antara mereka yg tabah ". Aku lulus dengan jayanya. Lagi menggembirakan, kelasku antara kelas yg paling ramai mencatatkan keputusan yg baik2 dan salah seorang rakan kelasku berjaya memperolehi 4.00 dalam exam itu. Alhamdulillah..

Penantian beberapa bulan menunggu keputusan STPM keluar..menunggu pula keputusan untuk kemasukan ke bidang pendidikan. 3 pilihan utama yg aku pilih semasa mengisi borang upu.Alhamdulillah namaku tersenarai untuk menduduki ujian yg aq dengar  pun macam pelik- ( MEDSI ) . Aku antara yang bertuah kerana hanya sebilangan kecil daripada rakan  kelasku yang tersenarai menduduki ujian itu. Alhamdulillah, sekali lagi namaku tersenarai untuk menghadiri temuduga menandakan aku lulus ujian sebelum itu. Macam2 aku buat untuk persediaan sebelum temuduga itu. Semasa temuduga..aku berpakaian secara sederhana. Berbaju kurung berwarna oren dengan kasut tumit 2cm. :) Tiba di tempat temu duga...aku di barisan paling belakang ( nampaknya aku ornag terakhir! ) ikut kedudukan yg telah ditetapkan.. Gemuruh rasa hati Tuhan sahaja yg tahu bila melihat pelbagai ragam mereka2 yg layak utk di temu duga pada hari tu. Tiba giliranku..rasa mau nangis je bila keluar soalan yg pelik2 dan yg betul2 mencabar kesabaranku adalah di soalan terakhir bila aku di suru menyelesaikan satu kes yg berkaitan bidangku ( Bimbingan dan kaunseling ). Segala macam idea di kepala keluar entah betul ke tak. Keluar saja dari pintu bilik temu duga itu...Huh!!! Lega!! Sepanjang perjalanan balik ke rumah fikiranku mengenang kembali kejadian di bilik temu duga tadi..Macam2 perasaan ada..

Usaha sudah..tinggal bertawakal sahaja moga aku berjaya memsuki bidang yg aku betul2 idamkan. Pertengahan bulan Jun keputusan kemasukan ke universiti keluar! Mak, aku dapat masuk U..KM..ya..itu yg aku dapat..Sedikit kecewa sebab..bukan bidang itu yg aq dpt..yg aq dpt..sastera bukan PENDIDIKAN!!  Tapi aku tetap bersyukur...Mungkin ada hikmahnya...Allah sahaja yg tahu..



                           Memori terakhir memakai pakaian seragam sekolah ( Disember 2009 )




                                                   Memori terakhir bersama rakan sekelas..



   Konvoi raya kelasku  di rumah guru kelas..






Category:

0 comments:

Catat Ulasan