Tahun baru, Semester baru, BIlik baru, Komitmen baru....

7sept- aku sudah berpijak di bumi Kuala Lumpur seawal 12.30 pagi. Ketibaanku di lapangan terbang Kuala Lumpur( LCCT) di sambut keluarga angkatku.

11sept- aku mendaftar diri di kolej Aminuddin Pagi bersama barang- barang yg penuh di tangan. Aku dah masuk tahun 2. Kira dah jadi senior kpd pelajar yg baru masuk ke Universiti itu..

Bilik bernombor 103 di blok K6B menjadi bilik ke2 ku di UKM ini."Rumah ke3".Yelah, rumah ke2 ku di Subang Jaya. Pertama kali melihat bilik itu...macammana nk kemas ni???? bilik sorang2...last2, petang tu aq gagahkan diri juga utk mengemas secara perlahan- lahan bilik itu..AKhirnya! malam itu katilku rapi dgn dibaluti cadar berwarna biru beserta dua bji bantal di atasnya. Almariku sudah pun dipenuhi dgn pakaian2ku.Meja??? belum lg...nk ku balut dgn pembalut yg akan ku beli nnti..Malam itu aku tidur sendiri.....

Hari2  seterusnya...aku ke kajang bersama kwn2 membeli brg keperluan.meja yg kurg cntik td tu ku balut dgn pembaalut berwarna biru kesukaanku..siap letak pewangi bilik lg! ok, bilik aq dah cntik!. Hari tu jgk aq pergi ke stor blok lma ambl penyapu dan mop yg ku simpan sblm blek cuti sem..

Hari berikutnya, masaku dipenuhi dgn perjumpaan di sana sini..mklumlah bila da jd separuh dr org pnting..berjumpa dgn junior2 baru di kelab fotografi, rakan muda...wah, terasa tua diri ini!. tp...kerja jgn ckpla..sgt2 berlambak. Clas, meeting itulah rutinku...

Masuk sem baru ni, aq terima dugaan bila laptopku "sakit". kna hntr "berubat". duit hbis utknya begitu shj. Abahku nk belikn lptop..jwbku: tak payahlah, terima kasih shj.Lptop ni msih bole guna, syg..." ( konon anak yg bek). sepanjang masa tula, aq duk bilik dgn penuh rasa sunyi tnpa lptop. nk buat kerja pun xdpt..semua perlu gunakan lptop! alhamdulillah dlm tempoh 2mnggu dia kembali pulih...

Will continue....



Category: 0 comments

Krew Service D Sushi King

Tamat saja semester 2, macam biasa aku berlabuh seketika di rumah mama angkat aq di Subang Jaya. Masa tula nk merancang mencari pekerjaan dlm tempoh 4bulan cuti semester ni..Nak pakai duit kenala usaha sendiri..Akhirnya aq bertemu pekerjaan d sebuah restoran Org Jepun. Sushi King semua org tahu..3 Mei, tarikh aq mula bekerja..


Dalam tempoh seminggu, agak sukar permulaan bekerja di situ..sampai mengeluh nak berhenti..Tapi, alhamdulillah berkat doa dan semangat aq teruskn juga smpila saat2 aq nk brhenti 19 Jun..Mak, klu bukan sebab dia aq da putus asa nk bekerja. Dan aq sedar tiada ada pekerjaan yg mudah dlm dunia ni.


Pengalaman bekerja di situ, banyak mengajar aq erti sabar, teliti, tenang, macam2 yg mana semua itu sebenarnya mengajar aq untuk mengenali erti hidup yg sebenar.Hidup di mna2 pun kena pandai menyesuaikan diri..Itulah yg aq cuba belajar selama aq tinggal di sini. Salah satu pengalaman yg tak boleh aq lupa, aq berhadapan dgn seorang pelanggan yg sgt cerewet. Biasalah tu, pelanggan ni saja nk manja2. Tu kata manager aq la Sir Shahrul. Kesalahan yg bukan kita lakukan dilihat macam kita yg lakukan. Benda kecil dibesar- besarkan. Tapi masa tu aq dgn perasaan yg geram aq dtg blik dkat pelanggan tu say sori dgn senyuman lebar namun pada hakikatnya hati ni sakit. Sabar...Namun lama kelamaan aq sedar, duit gaji itu dtgnya dr mereka juga. Bayaran service yg dikenakan adlh utk byran gaji kita. Aku simpan kenangan itu walaupun pahit namun banyak mengajar aq erti sabar dan syukur. Aq cuba utk menerapkan dlm hdup aq setiap apa yg berlaku pasti ad hikmah disebaliknya seperti pesan kkak aq..


Bekerja di Sushi King juga mengajar aq makan sushi! masak makanan yg xpernah aq masak termasukla buat sushi. Dulu mula2 bekerja, rasa seperti bodoh sgt. Buat air pun ambil masa smpi 15 min. tp lama2 aq antara yg cpt buat krja jgkla. opps! xpuji dri sendiri ok....lg satu yg seronok, setiap malam, bila kedai da mula tutup, pasti aq dgn rakan sekerja yg lain akan menjamah sushi yg xdmkn or d beli. Bukan sisa ku anggap. Seronok bila duduk ramai2 mkn bersama..


Itulah serba sedikit tentang pengalaman aq bekerja di restoran org Jepun itu. Ohya, kerja aq dipanggil services Screw dengar glamour sikitla wlupun pada hakikatnya kerja sebagai " pelayan". Tapi yg penting rezeki yg diperolehi itu halal..Akhir kata, terima kasih baut semua kengkawan yg banyak membantu, memberi tunjuk ajar dan semangat dr aq mula bekerja smpi aq menamatkan kerja .Mastura, Sir Shahrul, Kewal, Ananda, Tej, Kak Liz, Fatih, Faris Rosan, dan yg xdsebutnya namanya juga..thnks 4 everthing! ^__^







Memakai Uniform lengkap Krew Services



Dr kiri: aq, Kitchen Krew ( Kewal ) dan Service leader aq, Mastura



Bersama rakan sekerja Fatih dan Faris



Gelagat mereka macam nilah! ^__^



Kitchen Krew ( Buddhi and Rosan )



Ananda dan Fatih



Promosi2! Big Bowl Challenge! Makan free jika makan dalam tempoh 10min!
Masih di buka sehingga sekarang!! ^__^

Category: 6 comments

Yang Patah Tumbuh Yang Hilang Berganti..



31 Mac 2011 Ahli Jawatankuasa Sekretariat Rakan Muda UKM membubarkan organisasinya bagi sesi 2010/2011 di Mesyuarat Agung yang berlangsung dan perlantikan Majlis tertinggi yang baru. Begitulah lumrah hidup..Ibarat Roda dan Pusingan Jam. Yang di atas pasti akan turun ke bawah dan di bawah akan naik ke atas. Tahniah untuk semua bekas Majlis Tertinggi SRMUKM sesi 2010/2011 dan terima kasih atas dasar kepercayaan dan keyakinan kerana memilih aku sebagai salah seorang pemegang jawatan Majlis Tertinggi untuk sesi yang baru ini sesi 2011/2012. Aku dan rakan- rakan yg lain akan berusaha mencipta lebih banyak memori, dan meninggalkan sesuatu yg manis di dalam sejarah SRMUKM utk sesi yg aq pegang..Kak Nadra, kak Izni, KA, abg acik, dan sesiap yg xku sebut namanya, terima kasih dan selamat berkonvokesyen kelak.semoga kalian semua berjaya di luar sana. Memori bersama korang semua takkan dapat dilupa.. 





Sebelum berlangsungnya Mesyuarat.




Majlis Tertinggi sesi 2010/2011




Penyerahan Fail kepada Presiden baru oleh bekas presiden






Kenangan mereka...




Majlis Tertinggi baru sesi 2011/2012






Kek untuk mereka..=)






Dan aku selaku Ketua Exco Seni Budaya untuk sesi 2011/2012 mengucapkan selamat berjuang kepada rakan- rakan lain yang akan bersama- sama aku bekerja di dalam SRUKM sesi yg baru ini..=)





Category: 0 comments

Gita Gutawa-Apa Kata Bintang (Live)

Category: 0 comments

ost Adamaya-Yang Terindah ( cover )- najwalatif

Category: 0 comments

Jelajah2 Terengganu 1..

Masih ingat lagi kali pertama menjejakkan kaki ke Terengganu semasa umurku 16 tahun.. Masa itu di tahun 2006. Mungkin rezeki aq masa tu di pilih untuk ke sana. Cerita sebenarnya aq hanyalah menjadi pengganti seorang peserta yg juga merupakan kawan aku untuk pergi ke peringkat kebangsaan bagi kursus kenaikan pangkat Kadet Remaja Sekolah seluruh Malaysia. Kawan aq ni xdptla nk pi so aq yg di pilih utk ke sana..peluang depan mata..apalagi!! Tapi mula2 tu mmg xnk pi bila dengar ada aktiviti snorkeling. Dahla xtau berenang..last2 pi juga bila guru bg sokongan...maka aq pun pergila..


Peluang ini jugala yg telah memberi aq tiket free menaiki kapal yg boleh terbang..First time ni naik kapal terbang..:) punyalah penat bila hampir 2 3 kali naik turun kapal terbang untuk sampai ke destinasi iaitu Terengganu..satu perkara yg aq tidak boleh lupa semasa berada di dalam kapal terbang..memandangkan aq dan seorang  budak lelaki ni adalah first time naik kapal ni..punyalah aq rasa lucu bila tiba waktu makan dan pramugari pun menghidangkan makanan..


" Excuse Me, "
" Nasi Lemak Sambal Sotong or Omelet, pls choose one? , "
" Kalau nak dua2 sekali boleh?, "
" sorry, satu saja boleh."


Punyalah aq tergelak bila mengenangkan peristiwa tu. Dia nak dua2 sekali. Last2 dia pilih sambal sotong dan aq pilih omelet sebab aq tak boleh nak makan sotong tu...dan satu perkara lagi yg membuat ku macam nak nangis sebab ketawa banyak sangat bila budak laki ni makan semua yg di beri oleh pramugari tadi. Memang baik tak membazir, tapi ada ke patut dia pi makan keju yg empat segi setebal berapa inci itupun aq xtau begitu saja tanpa apa2 makanan bersamanya. Dan..dia juga makan sayur mentah seingat aq tomato...sangat2 buat aq geli hati.. Taula baru pertama kali naik kapal terbang. Ohya lupa nak bagitau yg kami yg seramai 14orang menaiki penerbangan MAS yg menyediakan makanan...:)


Lupakan pasal tu, aq memyambung ceta lain pula. Kami tiba di lapangan terbang Terengganu dekat pukul 7 petang. Masa tu langit da gelap. Kami di sambut bagai artis. Sipa ada rakaman webcam lagi..seronok jugala. Lepas tu kami menaiki bas yg di sewa khas membawa kami ke tempat penginapan yg di sediakan...


Malam berkumpul bersama peserta dr sluruh negeri utk tklimat aktvt seterusnya dan pada pagi itu kami telah bertolak ke Pulau Redang menaiki sebuah feri kerana di sana pusat segala aktiviti yg akan dijalankan..2 3 hari aktiviti tibalah aktiviti snorkeling di mana kami telah di bawa ke Taman laut Pulau Redang tersebut. Di sana kami dapat melihat keindahan dasar laut dari pandangan atas memandangkan badan kami terapung- apung di atas air. Aku yg tidak pandai berenang ni terpaksalah berpaut pada seorang jurulatih. Sangat sedih kerana tidak dapat menghayati keindahan dan keseronokan aktiviti itu lebih2 lg memberi makan sendiri kepada hidupan laut itu. Pd Malam sebelum majlis kemuncak pada keesokan harinya kami telah dhidangkan dengan makanan ala BBQ. Berada di pUlau itu juga adalah pengalaman pertama bagiku seolah- olah melancong secara percuma. Kenangan paling indah ketika itu adalah melihat matahari terbenam secara dekat. Sangat indah..


Hari terakhir program tersebut kami telah dianugerahkan dengan pangkat masing2 mengikut penilaian yg telah di buat. Alhamdulillah aq mendapat pangkat pegawau waran 2. Pangkat ke-2 tertinggi selepas Pegawai waran 1. Sebelum bertolak balik ke Sabah, kami telah singgah beramai- ramai ke kampung yg mengusahakan keropok lekor kampung Losong yg di beri nama. Aq pun mengambil peluang seberapa banyak keropok lekor utk di bawa balik sebagai buah tangan utk keluarga tercinta..


Itulah serba sedikit tentang pegalaman pertamaku di Terengganu...Ikuti sambungannya nanti..

Category: 0 comments

Aku dan Dunia " kamera "



  LAMBANG  KELAB  AMINIAN ' S  SNIPER




Entah bila bermula dan di mana aq sendiri tidak tahu sejak bila minatku dalam kerja2 mengambil gambar terbit dlm diri..yg aq tahu, aq tidak bole melihat sesuatu yg menarik pasti aq ingin merakamkannya sama ada menggunakan kamera ataupun penulisan..itulah sifatku. Tapi hakikatnya semua manusia sukakan keindahan dan kecantikan. 


Bila aku bergelar pelajar u minat  itu semakin menjadi. Di tambah lagi dengan satu kelab yg terdapat di kolejku yg mengumpulkan ramai peminat or kaki fotografi.. Maka aku pun tidak melepaskan diri untuk mendaftrakan diri sebagai ahli kelab tersebut yg begitu dikenali sebagai " Aminian' s Sniper ". Satu kelab fotografi yg banyak fungsinya termasuklah mengambil gambar dlm majlis2 tertentu. Dalam kelab itulah aku lebih mengetahui soal fotografi dan kamera DSLR yg ramai org berusaha mendapatkannya. Sekali pegang memang seronok. Berat tapi memang puas hati bila mengambil gambar dengannya. Orang kata kamera itu menjadi teman baik kepada seorang fotografi. Ada rasa kelainan sedikit bila join program itu tapi xda kamera. So, kononnya aq ada hasrat nak bila kamera. Tapi taklah berhasrat sangat kerana lihat pada kemampuan diri sendiri juga...


Satu perkara yg menyeronokkan bila join kelab ni akan ada sesi outing. Entah betul ke tak aq sebut. Maka di situlah  aq mula menjelajah ke tempat2 yg belum pernah aq pergi. Outing pertama adalah di I- city yg terletak di Shah Alam. Aku menggelarkan tempat itu dgn syurga cahaya. Sampai sahaja ke tempat itu memang aq terpegun juga. Semua benda daripada cahaya lampu termasuklah pokok2 yg ada di situ. Aku yg masa itu tidak mempunyai kamera mula menumpang kemera Hp seorang rakan kelab itu yg juga merupakan kawan aku kat kolej. Kamu berdualah dengan dunia sendiri mengambil gambar dengan bermacam- macam gaya dan posisi. Kelakar tapi seronok..Hilangkan stress seketika orang kata..


Selesai outing pertama itu dalam beberapa bulan selepas itu sebelum semester pertama berakhir, ada pula satu bengkel fotografi di adakan. Mofarad. Satu nama baru yg aq dengar yg orang kata begitu terkenal dengan seni fotografinya. Dia menjadi jemputan khas masa bengkel tersebut.. Memberi dan berkongsi ilmunya dengan kami semua tentang fotografi. Selesai daripada mendengar taklimat, kami keluar outing sekali lagi. Kali ini di Putrajaya. Tempat yg sudah lama aq ingin lihatnya depan mataku. Hari itulah aq dapat meliha sendiri tempat di mana pusat pentadbiran negara. Yg tidak seronoknya aq dengan rakan yg biasa bersamaku hanya menghabiskan masa berjalan- jalan melihat persekitaran di situ. Bosan kerana tiada aktiviti mengambil gambar yg boleh kami lakukan kerana tiada kamera di tangan. .. Tapi yg aku tidak boleh lupa, hari itulah hari pertama aku bersembahyang di masjid putrajaya yg kelihatan tersergam indah..


Itu serba sedikit tentang pegalamanku berkaitan bidang fotografi. Hari2 seterusnya aq semakin berminat tentangnya dan yg terkini aq berjaya membeli sebuah kamera digital hasil daripada duit ptptn yg aq dapat.. Walupun ia tidaklah secanggih DSLR namun da memadai bagi aq untuk mengambil gambar. Namun tujuan utama aq membelinya adlh utk membantu aq dalam semester 2 ni memandangkan aq banyak kerja lapangan yg memerlukan aq untuk mengambil gambar sebagai bukti kajian maka aq mengambil keputusan untuk membelinya meskipun amat berat melepaskan duit yg bukan sedikit..Apa2 pun..aq kini memiliki sebuah kamera jenama canon di tangan..





 Perjumpaan pertama ahli2 kelab..



Outing pertama kelab..



Berkumpul beramai- ramai di I- City Shah Alam



Pokok dari cahaya lampu...




Bersama rakan kelab..



Program dan Outing Ke-2..



Di Putrajaya..














Category: 0 comments