Kenangan Tercipta di Bumi Korea Part 2
Kenangan Tercipta di bumi korea part 1
Rezeki Allah nk bagi siapa yg tahu, aku antara 10 org yg terpilih untuk mengikuti satu program mobiliti yg bekerjasama dgn satu kolej di universitiku untuk melawat, menjelajah dan membawa isu kajian kami ke bumi KOREA. Rasa teruja, bimbang, mcm2 perasaanlah ada bila nama sudah tersenarai dalam peserta program tersebut..
26 januari 2012: beg rodaku tarik menaiki bas. bukan utk balik kg masa cuti ni tp melancong ke tmpt len. ^__^. Tiba diairport kami disambut oleh TncHepa UKM yg datang melawat kami sebelum berangkat ke bumi korea. Teruja juga org pnting ukm dtg melawat ,siap ambl gmbr brsama. Rasa mcm mimpi berada dlm kelompok yg brtuah ni, rsa mcm tak layak...
Selesai cek-in, aq dgn bbrp yg len brkjar pula ke Mc Donald utk mmbli mknan utk mngalas prut yg sjak pg blum mnjamah apa2 mmandangkn sibuk mngurus itu dan ini. Blum hbis mknan dikunyah, brkjar pula utk msuk ke balai brlpas. Bila sudah dduk di dalam kpal trbang bru lega sedikit..teruja lg..bila memikirkn aq sudah pun dduk dlm sebuah kapal trbang yg akan mmbawaku ke korea. Btul ke ni??
perjalanan ke korea mngambil masa 6jam 30min..bangun tidur, bangun tidur, tak juga smpi2 ni. sudah lenguh pinggang dan kpala aq dduk dlm kpal ni..mataku pun liarla melihat ke sana sini. melihat gelagat2 org di dlm kpal trbang itu. ini kpal trbang ke?? mcm2 ragam org aq tgk..kbiasaannya mcm tula aq. suka mlihat glaGat2 mnusia di skliling aq.kmudian brfkir dan mnyimpulkn..Bljar dr pglamanla katakn..:)
Tpat pkul 8:50 mlm, kapal trbang yg aq naiki selamat mndarat di lapangan trbang Incheon, Korea. Lamanya dduk dlm kpal trbang! dr pg smpi ke mlm bru smpi..tp Alhamdulillah aq slmat smpi di korea..ketibaan aq brsama rakan2 disambut oleh tour guide kami yg akan memandu arah kami sepanjang kmi di sini. Anis dan Abang hanif. Perjalanan kami diteruskan lg dgn menaiki train dan bas sehinggalah sampi di penginapan kami di Dongyang, Seoul umah pelajar M'sia di situ. Kluar sahaja dr bumbung trminal airport tu..........sjuknya! asap brkepul-kepul kluar dr mulut! mcm mimpila! ^__^ perjalanan kami berakhir mlm itu sebaik tiba di penginapan kami. Bergulung dgn selimut mnghilangkan sejuk yg mncngkam dan tidur...
Will be continue...
Krew Service D Sushi King
Dalam tempoh seminggu, agak sukar permulaan bekerja di situ..sampai mengeluh nak berhenti..Tapi, alhamdulillah berkat doa dan semangat aq teruskn juga smpila saat2 aq nk brhenti 19 Jun..Mak, klu bukan sebab dia aq da putus asa nk bekerja. Dan aq sedar tiada ada pekerjaan yg mudah dlm dunia ni.
Pengalaman bekerja di situ, banyak mengajar aq erti sabar, teliti, tenang, macam2 yg mana semua itu sebenarnya mengajar aq untuk mengenali erti hidup yg sebenar.Hidup di mna2 pun kena pandai menyesuaikan diri..Itulah yg aq cuba belajar selama aq tinggal di sini. Salah satu pengalaman yg tak boleh aq lupa, aq berhadapan dgn seorang pelanggan yg sgt cerewet. Biasalah tu, pelanggan ni saja nk manja2. Tu kata manager aq la Sir Shahrul. Kesalahan yg bukan kita lakukan dilihat macam kita yg lakukan. Benda kecil dibesar- besarkan. Tapi masa tu aq dgn perasaan yg geram aq dtg blik dkat pelanggan tu say sori dgn senyuman lebar namun pada hakikatnya hati ni sakit. Sabar...Namun lama kelamaan aq sedar, duit gaji itu dtgnya dr mereka juga. Bayaran service yg dikenakan adlh utk byran gaji kita. Aku simpan kenangan itu walaupun pahit namun banyak mengajar aq erti sabar dan syukur. Aq cuba utk menerapkan dlm hdup aq setiap apa yg berlaku pasti ad hikmah disebaliknya seperti pesan kkak aq..
Bekerja di Sushi King juga mengajar aq makan sushi! masak makanan yg xpernah aq masak termasukla buat sushi. Dulu mula2 bekerja, rasa seperti bodoh sgt. Buat air pun ambil masa smpi 15 min. tp lama2 aq antara yg cpt buat krja jgkla. opps! xpuji dri sendiri ok....lg satu yg seronok, setiap malam, bila kedai da mula tutup, pasti aq dgn rakan sekerja yg lain akan menjamah sushi yg xdmkn or d beli. Bukan sisa ku anggap. Seronok bila duduk ramai2 mkn bersama..
Itulah serba sedikit tentang pengalaman aq bekerja di restoran org Jepun itu. Ohya, kerja aq dipanggil services Screw dengar glamour sikitla wlupun pada hakikatnya kerja sebagai " pelayan". Tapi yg penting rezeki yg diperolehi itu halal..Akhir kata, terima kasih baut semua kengkawan yg banyak membantu, memberi tunjuk ajar dan semangat dr aq mula bekerja smpi aq menamatkan kerja .Mastura, Sir Shahrul, Kewal, Ananda, Tej, Kak Liz, Fatih, Faris Rosan, dan yg xdsebutnya namanya juga..thnks 4 everthing! ^__^
Yang Patah Tumbuh Yang Hilang Berganti..
Jelajah2 Terengganu 1..
Masih ingat lagi kali pertama menjejakkan kaki ke Terengganu semasa umurku 16 tahun.. Masa itu di tahun 2006. Mungkin rezeki aq masa tu di pilih untuk ke sana. Cerita sebenarnya aq hanyalah menjadi pengganti seorang peserta yg juga merupakan kawan aku untuk pergi ke peringkat kebangsaan bagi kursus kenaikan pangkat Kadet Remaja Sekolah seluruh Malaysia. Kawan aq ni xdptla nk pi so aq yg di pilih utk ke sana..peluang depan mata..apalagi!! Tapi mula2 tu mmg xnk pi bila dengar ada aktiviti snorkeling. Dahla xtau berenang..last2 pi juga bila guru bg sokongan...maka aq pun pergila..
Peluang ini jugala yg telah memberi aq tiket free menaiki kapal yg boleh terbang..First time ni naik kapal terbang..:) punyalah penat bila hampir 2 3 kali naik turun kapal terbang untuk sampai ke destinasi iaitu Terengganu..satu perkara yg aq tidak boleh lupa semasa berada di dalam kapal terbang..memandangkan aq dan seorang budak lelaki ni adalah first time naik kapal ni..punyalah aq rasa lucu bila tiba waktu makan dan pramugari pun menghidangkan makanan..
" Excuse Me, "
" Nasi Lemak Sambal Sotong or Omelet, pls choose one? , "
" Kalau nak dua2 sekali boleh?, "
" sorry, satu saja boleh."
Punyalah aq tergelak bila mengenangkan peristiwa tu. Dia nak dua2 sekali. Last2 dia pilih sambal sotong dan aq pilih omelet sebab aq tak boleh nak makan sotong tu...dan satu perkara lagi yg membuat ku macam nak nangis sebab ketawa banyak sangat bila budak laki ni makan semua yg di beri oleh pramugari tadi. Memang baik tak membazir, tapi ada ke patut dia pi makan keju yg empat segi setebal berapa inci itupun aq xtau begitu saja tanpa apa2 makanan bersamanya. Dan..dia juga makan sayur mentah seingat aq tomato...sangat2 buat aq geli hati.. Taula baru pertama kali naik kapal terbang. Ohya lupa nak bagitau yg kami yg seramai 14orang menaiki penerbangan MAS yg menyediakan makanan...:)
Lupakan pasal tu, aq memyambung ceta lain pula. Kami tiba di lapangan terbang Terengganu dekat pukul 7 petang. Masa tu langit da gelap. Kami di sambut bagai artis. Sipa ada rakaman webcam lagi..seronok jugala. Lepas tu kami menaiki bas yg di sewa khas membawa kami ke tempat penginapan yg di sediakan...
Malam berkumpul bersama peserta dr sluruh negeri utk tklimat aktvt seterusnya dan pada pagi itu kami telah bertolak ke Pulau Redang menaiki sebuah feri kerana di sana pusat segala aktiviti yg akan dijalankan..2 3 hari aktiviti tibalah aktiviti snorkeling di mana kami telah di bawa ke Taman laut Pulau Redang tersebut. Di sana kami dapat melihat keindahan dasar laut dari pandangan atas memandangkan badan kami terapung- apung di atas air. Aku yg tidak pandai berenang ni terpaksalah berpaut pada seorang jurulatih. Sangat sedih kerana tidak dapat menghayati keindahan dan keseronokan aktiviti itu lebih2 lg memberi makan sendiri kepada hidupan laut itu. Pd Malam sebelum majlis kemuncak pada keesokan harinya kami telah dhidangkan dengan makanan ala BBQ. Berada di pUlau itu juga adalah pengalaman pertama bagiku seolah- olah melancong secara percuma. Kenangan paling indah ketika itu adalah melihat matahari terbenam secara dekat. Sangat indah..
Hari terakhir program tersebut kami telah dianugerahkan dengan pangkat masing2 mengikut penilaian yg telah di buat. Alhamdulillah aq mendapat pangkat pegawau waran 2. Pangkat ke-2 tertinggi selepas Pegawai waran 1. Sebelum bertolak balik ke Sabah, kami telah singgah beramai- ramai ke kampung yg mengusahakan keropok lekor kampung Losong yg di beri nama. Aq pun mengambil peluang seberapa banyak keropok lekor utk di bawa balik sebagai buah tangan utk keluarga tercinta..
Itulah serba sedikit tentang pegalaman pertamaku di Terengganu...Ikuti sambungannya nanti..
Aku dan Dunia " kamera "
LAMBANG KELAB AMINIAN ' S SNIPER
Entah bila bermula dan di mana aq sendiri tidak tahu sejak bila minatku dalam kerja2 mengambil gambar terbit dlm diri..yg aq tahu, aq tidak bole melihat sesuatu yg menarik pasti aq ingin merakamkannya sama ada menggunakan kamera ataupun penulisan..itulah sifatku. Tapi hakikatnya semua manusia sukakan keindahan dan kecantikan.
Bila aku bergelar pelajar u minat itu semakin menjadi. Di tambah lagi dengan satu kelab yg terdapat di kolejku yg mengumpulkan ramai peminat or kaki fotografi.. Maka aku pun tidak melepaskan diri untuk mendaftrakan diri sebagai ahli kelab tersebut yg begitu dikenali sebagai " Aminian' s Sniper ". Satu kelab fotografi yg banyak fungsinya termasuklah mengambil gambar dlm majlis2 tertentu. Dalam kelab itulah aku lebih mengetahui soal fotografi dan kamera DSLR yg ramai org berusaha mendapatkannya. Sekali pegang memang seronok. Berat tapi memang puas hati bila mengambil gambar dengannya. Orang kata kamera itu menjadi teman baik kepada seorang fotografi. Ada rasa kelainan sedikit bila join program itu tapi xda kamera. So, kononnya aq ada hasrat nak bila kamera. Tapi taklah berhasrat sangat kerana lihat pada kemampuan diri sendiri juga...
Satu perkara yg menyeronokkan bila join kelab ni akan ada sesi outing. Entah betul ke tak aq sebut. Maka di situlah aq mula menjelajah ke tempat2 yg belum pernah aq pergi. Outing pertama adalah di I- city yg terletak di Shah Alam. Aku menggelarkan tempat itu dgn syurga cahaya. Sampai sahaja ke tempat itu memang aq terpegun juga. Semua benda daripada cahaya lampu termasuklah pokok2 yg ada di situ. Aku yg masa itu tidak mempunyai kamera mula menumpang kemera Hp seorang rakan kelab itu yg juga merupakan kawan aku kat kolej. Kamu berdualah dengan dunia sendiri mengambil gambar dengan bermacam- macam gaya dan posisi. Kelakar tapi seronok..Hilangkan stress seketika orang kata..
Selesai outing pertama itu dalam beberapa bulan selepas itu sebelum semester pertama berakhir, ada pula satu bengkel fotografi di adakan. Mofarad. Satu nama baru yg aq dengar yg orang kata begitu terkenal dengan seni fotografinya. Dia menjadi jemputan khas masa bengkel tersebut.. Memberi dan berkongsi ilmunya dengan kami semua tentang fotografi. Selesai daripada mendengar taklimat, kami keluar outing sekali lagi. Kali ini di Putrajaya. Tempat yg sudah lama aq ingin lihatnya depan mataku. Hari itulah aq dapat meliha sendiri tempat di mana pusat pentadbiran negara. Yg tidak seronoknya aq dengan rakan yg biasa bersamaku hanya menghabiskan masa berjalan- jalan melihat persekitaran di situ. Bosan kerana tiada aktiviti mengambil gambar yg boleh kami lakukan kerana tiada kamera di tangan. .. Tapi yg aku tidak boleh lupa, hari itulah hari pertama aku bersembahyang di masjid putrajaya yg kelihatan tersergam indah..
Itu serba sedikit tentang pegalamanku berkaitan bidang fotografi. Hari2 seterusnya aq semakin berminat tentangnya dan yg terkini aq berjaya membeli sebuah kamera digital hasil daripada duit ptptn yg aq dapat.. Walupun ia tidaklah secanggih DSLR namun da memadai bagi aq untuk mengambil gambar. Namun tujuan utama aq membelinya adlh utk membantu aq dalam semester 2 ni memandangkan aq banyak kerja lapangan yg memerlukan aq untuk mengambil gambar sebagai bukti kajian maka aq mengambil keputusan untuk membelinya meskipun amat berat melepaskan duit yg bukan sedikit..Apa2 pun..aq kini memiliki sebuah kamera jenama canon di tangan..
Asam Garam pelajar U..
Isnin mulala suda kuliah pertamaku di Universiti itu.Budak baru masuk, biasala.Tu jwpnku bila aq tersalah masuk dewan kuliah pada hari ke2 kuliah. kelakar tapi terasa bodoh bingung. Tapi senior ku kata itu perkara biasa berlaku..Sepanjang mengikuti kulaih selama seminggu itu, perasaan teruja tapi xtau apa2 masih ada..Sepanjang mengikuti kuliah selama seminggu ini juga aq perhatikan kebanyakkan pensyarahku adalah daripada kalangan org2 yg berumur..cara pengajaran memang 100% xsma dgn sekolah..kebanyakkan pembelajaran menggunakan slide show yg di buat sendiri oleh pensyarah. Ada buku, tapi sekadar rujukan semata- mata. Yang menariknya, kat ukm ni ada satu sisitem yg disediakan oleh para pelajar utk mendapatkan nota2 pelajaran yg sudah dipelajari dari pensyarah masing2. Singkatannya org panggil SPIN- Bangi bagi kampusku. Di dalam tu semua ada..tp pelajar ukm je bole buka dgn adanya pswwrd..
Semester 1 ni aq ad 4hari kuliah. jumaat adlh cuti bg aq..mksudnya kursusku xda kelas utk hari tu..sepatutnya selasa pun xda..tapi tiba2 pula ad diadakan kelas tutorial pada petang selasa itu pada pukul 4..kelas tutorial ni bole dikatakan cuma perbincangan. Apa saja msalah atau apa yg pelajar tak fhm msa kuliah bole dibincangkan dlm kelas ni..Ada juga perbentangan secara kumpulan mengikut tajuk yg sudah dipilih atau diberikan..Itu serba sedikit pasal kelas tutorial.
Ko-kurikulum bukan di sekolah saja, bila msuk ukm ni pelajar kena daftar masuk kelas ko-k org pnggil. aq rsa bukn ukm sj smua u ad..bezanya cuma sistem yg berbeza..di ukm...setipa sabtu kecuali cuti am, tepat kul7 suku, aq dgn merka2 yg len perlu berhimpun di foyer, kwsan penting kolej,. tempat berlangsungnya segala macam acara kolej..pelajar di bahagikan kepada bbrp kmpln dan aku kmpln yg ke-19. Setiap kumpln itu pula adnya senior sebagai PC kitaorg.. jadi, kmpln aq ni dkendalikan seorang kkak ni..namanya kak hamizah..orgnya bek dan sporting..dlm ko-k tu kami mengikut jadual..minngu pertama ko-k tu kami perlu pergi ke pusat sukan ukm..kami dikenalkan dgn kwsn itu..dan minggu berikutnya ad di pusat kebudayaan dan mcm2 lg..so, iulah rutin aku..
Beralih pula kepada tugasan atau kerja umah. Kat u org panggil assgmnt..masuk saja ukm ni..baru aq rsa dan tau apa tu assgmnt..senang lg kerja sekolah yg cikgu bg kt sekolah dlu..Apa tidaknya nk buat satu assgmnt kne cari rujukan yg minimun liam rujukan. Masa itulah aq sekali lagi menghadapi masalah.Budak baru, sekali lagi aq gunakan perkataan itu bila aq gagal mendapatkn buku rujukan yg aq perlukan. Aku perlu mencarinya di perpustakaan UKM yg ad 5 or 6 aras itu..perpustakaan paling besar yg pernah aq jumpa setakat ini. lagi2 semua sistem yg digunakan serba canggih..ni termasukla utk cari kdudukn buku dan meminjam buku semuanya guna sistem komputer bukn lagi manusia.Maka jadilah aku seperti budak tadika yg tak tau apa2. Aku nk cari buku pn xpndai nikn pula nk pnjam buku...nasib bek ad senior yg sudi bg tnjuk ajar..lama klamaan berjaya juga aq menggunakan perpustakaan itu dgn sebaiknya..
Ada apa dengan " UKM " dan " KAB "???
Tempat Baru
Pengetua kolej " turun padang "







































