LAMBANG KELAB AMINIAN ' S SNIPER
Entah bila bermula dan di mana aq sendiri tidak tahu sejak bila minatku dalam kerja2 mengambil gambar terbit dlm diri..yg aq tahu, aq tidak bole melihat sesuatu yg menarik pasti aq ingin merakamkannya sama ada menggunakan kamera ataupun penulisan..itulah sifatku. Tapi hakikatnya semua manusia sukakan keindahan dan kecantikan.
Bila aku bergelar pelajar u minat itu semakin menjadi. Di tambah lagi dengan satu kelab yg terdapat di kolejku yg mengumpulkan ramai peminat or kaki fotografi.. Maka aku pun tidak melepaskan diri untuk mendaftrakan diri sebagai ahli kelab tersebut yg begitu dikenali sebagai " Aminian' s Sniper ". Satu kelab fotografi yg banyak fungsinya termasuklah mengambil gambar dlm majlis2 tertentu. Dalam kelab itulah aku lebih mengetahui soal fotografi dan kamera DSLR yg ramai org berusaha mendapatkannya. Sekali pegang memang seronok. Berat tapi memang puas hati bila mengambil gambar dengannya. Orang kata kamera itu menjadi teman baik kepada seorang fotografi. Ada rasa kelainan sedikit bila join program itu tapi xda kamera. So, kononnya aq ada hasrat nak bila kamera. Tapi taklah berhasrat sangat kerana lihat pada kemampuan diri sendiri juga...
Satu perkara yg menyeronokkan bila join kelab ni akan ada sesi outing. Entah betul ke tak aq sebut. Maka di situlah aq mula menjelajah ke tempat2 yg belum pernah aq pergi. Outing pertama adalah di I- city yg terletak di Shah Alam. Aku menggelarkan tempat itu dgn syurga cahaya. Sampai sahaja ke tempat itu memang aq terpegun juga. Semua benda daripada cahaya lampu termasuklah pokok2 yg ada di situ. Aku yg masa itu tidak mempunyai kamera mula menumpang kemera Hp seorang rakan kelab itu yg juga merupakan kawan aku kat kolej. Kamu berdualah dengan dunia sendiri mengambil gambar dengan bermacam- macam gaya dan posisi. Kelakar tapi seronok..Hilangkan stress seketika orang kata..
Selesai outing pertama itu dalam beberapa bulan selepas itu sebelum semester pertama berakhir, ada pula satu bengkel fotografi di adakan. Mofarad. Satu nama baru yg aq dengar yg orang kata begitu terkenal dengan seni fotografinya. Dia menjadi jemputan khas masa bengkel tersebut.. Memberi dan berkongsi ilmunya dengan kami semua tentang fotografi. Selesai daripada mendengar taklimat, kami keluar outing sekali lagi. Kali ini di Putrajaya. Tempat yg sudah lama aq ingin lihatnya depan mataku. Hari itulah aq dapat meliha sendiri tempat di mana pusat pentadbiran negara. Yg tidak seronoknya aq dengan rakan yg biasa bersamaku hanya menghabiskan masa berjalan- jalan melihat persekitaran di situ. Bosan kerana tiada aktiviti mengambil gambar yg boleh kami lakukan kerana tiada kamera di tangan. .. Tapi yg aku tidak boleh lupa, hari itulah hari pertama aku bersembahyang di masjid putrajaya yg kelihatan tersergam indah..
Itu serba sedikit tentang pegalamanku berkaitan bidang fotografi. Hari2 seterusnya aq semakin berminat tentangnya dan yg terkini aq berjaya membeli sebuah kamera digital hasil daripada duit ptptn yg aq dapat.. Walupun ia tidaklah secanggih DSLR namun da memadai bagi aq untuk mengambil gambar. Namun tujuan utama aq membelinya adlh utk membantu aq dalam semester 2 ni memandangkan aq banyak kerja lapangan yg memerlukan aq untuk mengambil gambar sebagai bukti kajian maka aq mengambil keputusan untuk membelinya meskipun amat berat melepaskan duit yg bukan sedikit..Apa2 pun..aq kini memiliki sebuah kamera jenama canon di tangan..













0 comments:
Catat Ulasan