Jelajah2 Terengganu 1..

Masih ingat lagi kali pertama menjejakkan kaki ke Terengganu semasa umurku 16 tahun.. Masa itu di tahun 2006. Mungkin rezeki aq masa tu di pilih untuk ke sana. Cerita sebenarnya aq hanyalah menjadi pengganti seorang peserta yg juga merupakan kawan aku untuk pergi ke peringkat kebangsaan bagi kursus kenaikan pangkat Kadet Remaja Sekolah seluruh Malaysia. Kawan aq ni xdptla nk pi so aq yg di pilih utk ke sana..peluang depan mata..apalagi!! Tapi mula2 tu mmg xnk pi bila dengar ada aktiviti snorkeling. Dahla xtau berenang..last2 pi juga bila guru bg sokongan...maka aq pun pergila..


Peluang ini jugala yg telah memberi aq tiket free menaiki kapal yg boleh terbang..First time ni naik kapal terbang..:) punyalah penat bila hampir 2 3 kali naik turun kapal terbang untuk sampai ke destinasi iaitu Terengganu..satu perkara yg aq tidak boleh lupa semasa berada di dalam kapal terbang..memandangkan aq dan seorang  budak lelaki ni adalah first time naik kapal ni..punyalah aq rasa lucu bila tiba waktu makan dan pramugari pun menghidangkan makanan..


" Excuse Me, "
" Nasi Lemak Sambal Sotong or Omelet, pls choose one? , "
" Kalau nak dua2 sekali boleh?, "
" sorry, satu saja boleh."


Punyalah aq tergelak bila mengenangkan peristiwa tu. Dia nak dua2 sekali. Last2 dia pilih sambal sotong dan aq pilih omelet sebab aq tak boleh nak makan sotong tu...dan satu perkara lagi yg membuat ku macam nak nangis sebab ketawa banyak sangat bila budak laki ni makan semua yg di beri oleh pramugari tadi. Memang baik tak membazir, tapi ada ke patut dia pi makan keju yg empat segi setebal berapa inci itupun aq xtau begitu saja tanpa apa2 makanan bersamanya. Dan..dia juga makan sayur mentah seingat aq tomato...sangat2 buat aq geli hati.. Taula baru pertama kali naik kapal terbang. Ohya lupa nak bagitau yg kami yg seramai 14orang menaiki penerbangan MAS yg menyediakan makanan...:)


Lupakan pasal tu, aq memyambung ceta lain pula. Kami tiba di lapangan terbang Terengganu dekat pukul 7 petang. Masa tu langit da gelap. Kami di sambut bagai artis. Sipa ada rakaman webcam lagi..seronok jugala. Lepas tu kami menaiki bas yg di sewa khas membawa kami ke tempat penginapan yg di sediakan...


Malam berkumpul bersama peserta dr sluruh negeri utk tklimat aktvt seterusnya dan pada pagi itu kami telah bertolak ke Pulau Redang menaiki sebuah feri kerana di sana pusat segala aktiviti yg akan dijalankan..2 3 hari aktiviti tibalah aktiviti snorkeling di mana kami telah di bawa ke Taman laut Pulau Redang tersebut. Di sana kami dapat melihat keindahan dasar laut dari pandangan atas memandangkan badan kami terapung- apung di atas air. Aku yg tidak pandai berenang ni terpaksalah berpaut pada seorang jurulatih. Sangat sedih kerana tidak dapat menghayati keindahan dan keseronokan aktiviti itu lebih2 lg memberi makan sendiri kepada hidupan laut itu. Pd Malam sebelum majlis kemuncak pada keesokan harinya kami telah dhidangkan dengan makanan ala BBQ. Berada di pUlau itu juga adalah pengalaman pertama bagiku seolah- olah melancong secara percuma. Kenangan paling indah ketika itu adalah melihat matahari terbenam secara dekat. Sangat indah..


Hari terakhir program tersebut kami telah dianugerahkan dengan pangkat masing2 mengikut penilaian yg telah di buat. Alhamdulillah aq mendapat pangkat pegawau waran 2. Pangkat ke-2 tertinggi selepas Pegawai waran 1. Sebelum bertolak balik ke Sabah, kami telah singgah beramai- ramai ke kampung yg mengusahakan keropok lekor kampung Losong yg di beri nama. Aq pun mengambil peluang seberapa banyak keropok lekor utk di bawa balik sebagai buah tangan utk keluarga tercinta..


Itulah serba sedikit tentang pegalaman pertamaku di Terengganu...Ikuti sambungannya nanti..

Category:

0 comments:

Catat Ulasan